Tuesday 8 November 2011

PENGENALAN

Berlatarbelakangkan pendidikan dalam jurusan Sains Pertanian, saya, Siti Fairus bt Radzali merupakan Junior Agronomis di MBPlus Sdn Bhd.Sebut saja pertanian, mesti akan dikaitkan dengan cangkul, tanah, terik matahari, kotor, selekeh dan banyak lagi. Tapi, sedar atau tidak makanan yang diambil setiap hari adalah hasil dari pertanian sendiri. Maka, tidak seharusnya memandang sebelah mata pada mereka yang bergelar ‘petani’ dan petani yang mempunyai kefahaman dan pengetahuan hari ini boleh duduk sama tinggi dengan golongan dari sektor lain.
Mungkin tidak ramai yang tahu sektor penjanaan ekonomi tertua dan terpenting hingga ke hari ini ialah pertanian. Kebanyakan negara-negara maju di barat khususnya meletakkan bidang pertanian  sebagai sektor terpenting untuk penjanaan dan pembangunan ekonomi. Menurut  John Fisher, salah seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris menyatakan “More than 15 percent of the jobs in Ohio are tied in some way to agriculture.A strong agriculture means a strong economy (lebih dari 15% pekerjaan di Ohio adalah berkenaan bidang pertanian. Kukuhnya bidang pertanian bermakna kukuhlah ekonomi)

Pertanian merupakan satu bidang asas yang membawa kepada kebangkitan sesebuah tamadun. Terbukti apabila pertanian membawa kepada lebihan hasil makanan dan seterusnya mengundang kebangkitan masyarakat yang semakin ramai dan berkelas. Tidak hanya tertumpu kepada penanaman, pertanian merupakan satu bidang yang mempunyai cabang yang luas, di mana ia dirujuk kepada perihal pengeluaran makanan dan barangan melalui perkebunan,penternakan dan perhutanan.
            Terletak di zon iklim khatuliswa, Malaysia mempunyai tapak yang kukuh dan strategik untuk menjadikan sektor pertanian sebagai antara enjin pemacu utama ekonomi negara dan juga pembangunan sosial rakyat. Bermula dengan kegiatan bercucuk tanam untuk sara diri, sektor ini mula berkembang ke arah pertanian berbentuk komersial.Antaranya ialah kelapa sawit, getah, padi, koko dan nanas. Faktor iklim dan bentuk muka bumi yang sesuai menjadikan tanaman tersebut sesuai ditanam. Malahan kita juga telah tersenarai sebagai antara pengeluar utama kelapa sawit dan getah dunia. Sesuai dengan ‘title’ sebagai negara sedang membangun, peningkatan teknologi dalam sektor ini juga diambil kira walaupun kadang kala agak ketinggalan dari negara-negara lain.
            Tapi, agak menyedihkan juga apabila sektor penting ini semakin dipandang sepi terutamanya dari golongan generasi masa depan. Apa yang dapat diperhatikan, mereka yang menceburi bidang ini ada masanya mengikut trend. Contohnya, bila kelebihan burung walit diuar-uarkan, maka ramai la yang mahu membela burung walit. Bila harga getah meningkat, beramai-ramai la mahu tanam getah, pergi belajar menoreh. Seharusnya, bidang pertanian dianggap sebagai sesuatu yang perlu diberi tumpuan yang lebih memandangkan keadaan iklim dan tahap kesuburan tanah yang baik. Seperti kata pepatah “ berbudi pada tanah”, kita tidak akan rugi.


“Tuhan yang telah menjadikan bumi bagimu sebagai hamparan (mudah untuk digunakan) dan Tuhan yang telah menjadikan jalan-jalan bagimu di bumi itu, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, maka Kami tumbuhka dengannya akan beberapa jenis tumbuhan yang beraneka.” (Surah Taha :53)


1 comment:

  1. Sebenarnya kita kena juga tanya pada pemimpin kita. Mereka kurang menitik beratkan pertanian. Walhal anatara mereka juga pernah belajar sebagai pelajar pertanian tapi dek kerana inginkan kesan cepat, pertanian dilupakan.

    Kesannya mudah sahaja. Food security. Tak perlu nak bom sana sini. Sekat sahaja penghantaran makanan ke Malaysia sudah boleh menghancurkan ekonomi Malaysia.

    Sebagai pelajar pertanian, kita lah generasi yang boleh mengubah pandangan masyarakat. Jangan kita tunjukkan kelemahan, tapi tunjukkan kekuatan. Buktikan kepada mereka yang pertanian bukan lah satu petani satu hektar tetapi satu petani 500 orang boleh makan.

    p/s: datang melawat kembali. Terima kasih kerana sudi lawat blog saya.

    ReplyDelete