Friday 17 June 2011

PENGENALAN

TEKNOLOGI PERTANIAN PERSIS PEMARTABAT KAUM WARGA TANI DI DALAM AMALAN PERTANIAN TERBAIK(APT) SEBAGAI PENJANA EKONOMI PETANI DAN PEKEBUN KECIL SERTA PENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN KDNK NEGARA

  • Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan dimajukan pada awal 1960an. Seterusnya penubuhan Institut Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa sawit sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Industri ini juga telah menyelamatkan negara dari krisis ekonomi dari terpaksa meminjam kepada IMF dan juga penjana ekonomi ketiga negara.


  • Laporan dari Jabatan Perangkaan Negara(2008), melaporkan purata penghasilan Buah Tandan Segar (BTS) di Malaysia adalah sekitar 20.18 tan Metrik sehektar setahun atau 0.681 Tan Metrik seekar setahun. Purata penghasilan ini adalah jauh dari kemampuan sebenar yang sepatutnya dapat dihasilkan berdasarkan keadaan sekarang. Ini ditambah pula dengan laporan pada suku pertama 2011, dimana penghasilan sebenar BTS adalah menurun kepada  -7.9% berbanding tahun 2010 dimana ia disebabkan penurunan dalam penghasilan Kelapa Sawit.


  • Terdapat 161,000 pekebun kecil persendirian di Malaysia. Dengan jumlah keluasan 600,000 hektar, menyumbang kepada 12.8% daripada jumlah keseluruhan kawasan ladang kelapa sawit di Malaysia dan tetapi  hasil penhasilan BTS yang lebih rendah (17 tan metrik sehektar setahun). Saiz purata plot mereka yang terhad (3.9 hektar setiap keluarga) dan kekurangan pendedahan kepada amalan tanaman terbaik merupakan faktor utama yang memberi kesan kepada tahap pengeluaran hasil mereka yang rendah.  Amalan terbaik, seperti Kod Amalan (COP) yang dibangunkan oleh MPOB dan garis panduan serta rujukan industri yang lain tidak dilaksanakan sepenuhnya di semua ladang. Ini menyebabkan hasil purata nasional BTS tidak meningkat.


  • Salah satu objektif utama dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010  adalah meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. Mengambi kira faktor ini ditambah pula dengan sumbangan industri Kelapa Sawit kepada ekonomi negara, penekanan perlu diambil untuk meningkatkan pengeluaran industri ini. Atas dasar terbabit pihak kami ingin menyarankan kaedah terkini yang menekankan AMALAN PERTANIAN TERBAIK (APT)

No comments:

Post a Comment