Wednesday, 15 June 2011

LATAR BELAKANG SYARIKAT

MB Plus Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 21 November 2005 dengan misi utama untuk membangunkan, memasarkan produk input pertanian dan melengkapkan serta memajukan lagi industri pertanian dengan membekalkan input pertanian berkualiti tinggi dan teknologi pertanian terkini diperingkat global.

Dengan kemampuan yang dimiliki oleh kami, kami telah mengeksport produk kami ke Timur Tengah, India dan Afrika Selatan. Menyedari potensi sektor bidang agro dan asas tani dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (2005-2010), pihak kami telah memfokuskan pasaran tempatan sekaligus diharapkan dapat membantu menjana ekonomi negara.

Pada 2006, MB PLUS turut mengembangkan sayapnya dengan membuat hubungan  perniagaan dengan beberapa syarikat berpangkalan di Korea, China dan Indonesia bagi memastikan bekalan input pertanian yang berkualiti dan konsisten sampai ke pelanggan kami. Sejajar itu juga, MB PLUS telah membuat perjanjian persefahaman dan usaha-sama dengan Universiti Putra Malaysia berkenaan kajian-kajian terkini mengenai pertanian. Hasilnya, MB PLUS kini berbangga dengan kejayaanya mencipta pelbagai kaedah dan teknologi pertanian yang mampu meningkatkan hasil pertanian berkali ganda dan menjimatkan kos pengeluaran contohnya Teknologi Pertanian Persis.

Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi memajukan pertanian di Malaysia, kami juga telah melaksanakan beberapa program khas yang bertujuan membantu pekebun-pekebun kecil dengan memberikan mereka maklumat dan kaedah-kaedah yang terkini, tepat dan jitu agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Program ini terbukti dapat memberikan mereka hidup baru yang menggunakan konsep “Pertanian adalah perniagaan”

Pihak kami yakin dengan mengutaman kualiti, konsisten, efisiensi, servis yang baik dan mengutamakan kepuasan pelanggan adalah inspirasi kepada kami untuk menjadi teraju utama di dalam industri agro-bisnes terutama dalam membekalkan input pertanian.

No comments:

Post a Comment