“Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk”
Bermaksud membantu orang kaya dan menindas orang miskin (sumber), adalah salah satu peribahasa melayu yang
menjadikan tanah sebagai perumpamaan.
Tanah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Tertarik
dengan penerangan satu pepatah Arab berkenaan tanah yang mengatakan kehidupan
berasaskan tanah. Makanan yang kita makan semuanya bersumberkan tanah. Beras
yang terhasil bersumberkan tanah, malahan daging lembu pula terbentuk dari
rumput yang asalnya bersumberkan tanah.
Pedogenesis atau pembentukkan tanah adalah kesan proses luluhawa
yang melibatkan proses fizikal, kimia dan biologi berjuta-juta tahun yang lalu
dan terdapat pelbagai jenis tanah akibat proses tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, unit asas pemetaan tanah adalah siri
tanah (soil series) dan menggunakan sistem “USDA Soil Taxonomy 1992” yang telah
diubahsuai mengikut keadaan tempatan untuk sistem klasifikasi tanah (Jab. Pertanian Daerah Manjung).
Tanah juga dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu tanah
mineral dan organik. Secara amnya, tanah jenis mineral yang terhasil daripada
pembentukkan batuan igneus dan metamorfik paling banyak terdapat di negara kita
dan dibahagikan pula kepada 3 kelas. Tanah organik pula tanah yang banyak
mengandungi bahan organik dan dibahagikan kepada tanah organik cetek dan tanah gambut sederhana
dalam dan gambut dalam.
Di dalam
pertanian, tanah medium yang penting bagi sistem penghadaman tumbuhan. Untuk
mendapatkan hasil yang memuaskan, tanah yang dibangunkan untuk tujuan pertanian
perlu diselidiki dan dipulihara tahap kesuburannya agar kitaran mahupun nutrien
yang dibekalkan dapat diserap oleh tumbuhan.
![]() |
Tanah yang subur dapat menghasilkan tanaman yang sihat |