Sunday, 14 August 2011

MEMBUAT KAJIAN DI LADANG NLFCS SEREMBAN

Kajian terhadap tanah, contoh daun untuk mengetahui samada Nutrien apa yang kurang atau berlebihan ini sangat penting bagi menentukan penghasilan berat tandan bersih (BTB) di setiap ladang sawit. Di sinilah kita akan dapat mengetahui samada pokok tersebut akan dapat menyerap zat-zat yang lengkap secara berterusan bagi pembentukan tandan baru serta tumbesaran tandan-tandan yang sedia ada.

Peningkatan dari segi hasil bermula pada bulan keempat iaitu pada bulan Ogos 2011. Kita menganggarkan satu peningkatan yang di luar jangkaan dan mudah-mudahan dengan sentuhan MBPLUS AGRO akan memberikan pulangan yang lumayan kepada Koperasi NLFCS yang mempunyai 28,000 ekar keseluruhan kawasan.



Mengambil sample tanah dengan menggunakn auger sambil diperhatikan oleh Prof.Madya Dr Ahmad Husni dari UPM













Mr. Ranjeet sangat berpuas hati ke atas apa yang sedang berlaku di ladang yang dikawalselia sekarang.  Apabila ini meningkatkan hasil di luar jangkaan nama beliau pun harum semerbak melati putih. =)









Friday, 29 July 2011

POKOK KELAPA SAWIT SETELAH MENDAPAT SENTUHAN TEKNOLOGI BIO~KOMPRESS

Pada gambar dibawah menunjukkan keadaan pokok milik En. Mohd Shah Bin Ismail di Felda Kahang Barat setelah genap 8 bulan. Pada bulan Jun 2011 beliau telah berjaya mendapatkan hasil sebanyak 12MT di mana awalnya pada bulan September 2010, beliau hanya mendapat 3.20MT sahaja.








Monday, 25 July 2011

MAJLIS TAKLIMAT BERSAMA PEKEBUN KECIL DAN PETANI PPK

Majlis Taklimat di PPK Bagan Datoh, Teluk Intan, Perak.



Antara mereka yang hadir mendengar ceramah tersebut pada hari itu.




Thursday, 21 July 2011

KEJAYAAN WAK AMAT HANYA MENGAMBIL MASA SELAMA 3 BULAN SAHAJA

Pada bulan Mac 2011 Wak Amat hanya mendapat 1.2 MT sahaja tetapi pada bulan Jun 2011 beliau telah berjaya memperolehi 2.80 MT. Ini bermakna beliau telah mendapat peningkatan hasil sebanyak 1.7 MT dalam tempoh 3 bulan. Tahniah Wak Amat !!

Wak Mat ni dulu cuma dapat dalam 1.1MT pada bulan Mac 2011. Syukur Alhamdulillah beliau telah berjaya mendapat dalam 2.88MT pada bulan Jun 2011 yang lalu. Bermaknalah bulan lepas beliau telah berjaya manambah pendapatannya dari RM650 ke dalam RM2,000 bulan lepas.

Wak Amat hanya mempunyai lebih kurang 290 pokok sahaja di kebun belakang rumahnya. Pada 23 Mac 2011 pokok ini langsung tidak ada buah yang ada cumalah bunga-bunga jantan yang menghiasi pokok ini. Pada hari ini, pokok-pokok yang dahulunya tidak berbuah telah mengeluarkan empat tandan buah yang sedang mekar.
Wak Amat sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya.

Pada bulan Mac 2011 Wak Amat hanya mendapat 1.2MT sahaja tetapi  pada bulan Jun 2011 beliau telah berjaya memperolehi 2.80MT. Ini bermakna beliau telah mendapat peningkatan hasil sebanyak 1.7MT dalam tempoh masa 3 bulan.
Tahniah Wak Amat !!






Wednesday, 13 July 2011

TEKNOLOGI BIO KOMPRESS DI DADA AKHBAR

Tarikh : 23 Mac 2011

Akhbar Sinar Harian telah menyiarkan buat julung-julung kalinya Kaedah Teknologi Bio-Kompress di dada akhbar.

Tarikh : 3 Jun 2011

Berita Harian pula telah menyiarkan kejayaan Teknologi Bio-Kompress.