Sunday 6 May 2012

Tanah


“Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk”
Bermaksud membantu orang kaya dan menindas orang miskin (sumber), adalah salah satu peribahasa melayu yang menjadikan tanah sebagai perumpamaan. 

Tanah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Tertarik dengan penerangan satu pepatah Arab berkenaan tanah yang mengatakan kehidupan berasaskan tanah. Makanan yang kita makan semuanya bersumberkan tanah. Beras yang terhasil bersumberkan tanah, malahan daging lembu pula terbentuk dari rumput yang asalnya bersumberkan tanah. 

Pedogenesis atau pembentukkan tanah adalah kesan proses luluhawa yang melibatkan proses fizikal, kimia dan biologi berjuta-juta tahun yang lalu dan terdapat pelbagai jenis tanah akibat proses tersebut.
Di Semenanjung Malaysia, unit asas pemetaan tanah adalah siri tanah (soil series) dan menggunakan sistem “USDA Soil Taxonomy 1992” yang telah diubahsuai mengikut keadaan tempatan untuk sistem klasifikasi tanah (Jab. Pertanian Daerah Manjung).

Tanah juga dapat dibahagikan kepada 2 jenis iaitu tanah mineral dan organik. Secara amnya, tanah jenis mineral yang terhasil daripada pembentukkan batuan igneus dan metamorfik paling banyak terdapat di negara kita dan dibahagikan pula kepada 3 kelas. Tanah organik pula tanah yang banyak mengandungi bahan organik dan dibahagikan kepada tanah organik cetek dan tanah gambut sederhana dalam dan gambut dalam.

Di dalam pertanian, tanah medium yang penting bagi sistem penghadaman tumbuhan. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, tanah yang dibangunkan untuk tujuan pertanian perlu diselidiki dan dipulihara tahap kesuburannya agar kitaran mahupun nutrien yang dibekalkan dapat diserap oleh tumbuhan.
Tanah yang subur dapat menghasilkan tanaman yang sihat