Tuesday 13 December 2011

Asas Kehidupan

Apakah asas sebuah kehidupan? Pastinya ramai yang akan mengatakan makanan, tempat tinggal, pakaian, kenderaan dan sebagainya. Memang tepat. Tapi pernahkah kita terfikir dari manakah pula sumbernya? Maha suci Allah yang menjadikan seluruh isi langit dan bumi tidak sia-sia. Cuma, kebanyakan manusia lupa yang kita dijadikan olehNya dengan pelbagai kelebihan untuk memanfaatkan kekayaan yang ada di langit dan bumi untuk kesejahteraan hidup.
Tapi, apa pula balasan yang kita bagi pada bumi? Hakikatnya, kita sangat rakus mengejar wang ringgit tanpa fikir faktor kesejahteraan bumi. Pernah tak terfikir, wang yang kita dapat itu pun adalah hasil dari bumi? Di sinilah pentingnya pengetahuan. Jika sekadar tahu, tapi tidak faham, ianya juga sia-sia. Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 41;
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Banjir...benarkah disebabkan oleh kerakusan manusia?

            Bagi petani, memperoleh pendapatan lumayan dari hasil pertanian yang tinggi sememangnya diharapkan. Pembajaan yang betul dapat tingkatkan hasil. Ya, tapi betulkah baja yang digunakan? Cukup atau tidak? Sekadar tabur tanpa kita tahu keperluan sebenar pokok tersebut pun mendatangkan masalah sebenarnya.
Selain pembaziran, kezaliman juga berlaku. Kenapa? Pembajaan yang tidak terkawal akan merosakkan lagi struktur tanah dan boleh jadi punca kepada pencemaran. Jadi kita juga akan jadi perosak kepada bumi.  Sekali lagi pengetahuan dan kefahaman sangat penting. Petani sering tertipu dengan penjual barangan pertanian yang rakus kejar keuntungan tanpa sedikit pun niat hendak membantu petani. Jadi, bagaimana kita nak ubah?
Burung terbang tinggi di langit, tapi masih turun ke bumi mencari makanan