Thursday 23 June 2011

KRONOLOGI PENJENAMAAN TEKNOLOGI PERTANIAN PERSIS DI KEBUN EN. MOHD SHAH ISMAI

Tarikh: 22 Septembar 2010

Inilah hari pertama kami menjejakkan kaki di Felda Kahang Barat pada 22 September 2010 pada sebelah petang untuk memberi taklimat tentang kaedah teknologi Bio~Kompress yang mana dihadiri oleh peneroka-peneroka yang telah menarik diri daripada pengurusan Felda Technoplant. Ada lebih kurang 15 orang yang hadir tetapi hanya En. Mohd Shah Bin Ismail seorang sahaja yang berani tampil untuk mencuba kaedah ini yang pada ketika itu beliau hanya memperolehi di antara 3 hingga 3.2 tan sahaja sebulan dan berhasrat untuk menebang pokok yang baru berusia 7 tahun kerana hampir 90% pokoknya tidak berbuah walaupun pelbagai jenis baja yang telah beliau gunakan dan beliau juga adalah orang petama yang memperkenalkan MPOB F1 di sana.



Antara mereka yang hadir mendengar taklimat pada hari itu. 
Walaupun keadaan Terrain yang sangat Stiff at 45 degree Slop namun tiada apa yang dirisaukan kerana Kaedah Bio~Kompress dapat mengatasinya. InsyaAllah.
En. Mohd Shah sebelum menggunakan teknik pembajaan Bio~Kompress. Sedih dan sugul mukanya.

Tarikh : 23 September 2010


Lawatan ke kebun En. Mohd Shah seluas 10 ekar yang mana hasilnya hanya 3.2MT dan pada ketika itu pokoknya berusia 7 tahun. Beliau sudah hampir putus asa ketika itu dan berhasrat untuk membuat proses pananaman semula. Selepas penerangan terperinci, saya hanya menyarankan untuk mencuba hanya 250 pokok sahaja daripada 550 pokok yang terdapat di dalam kebun tersebut dengan kos sebanyak RM3,075.00 sahaja iaitu kos sepokok hanyalah RM12.30/tahun.




Selepas 4 bulan setengah satu perubahan yang drastik telah berlaku di Felda Kahang Barat.

Tarikh: 3 Februari 2011
Selapas 4 bulan setengah saya kembali semula ke kebun En. Mohd Shah saya dapati inilah yang telah berlaku dan pada ketika itu beliau telah mula memperolehi 4 tan lebih. Semenjak dari itu beliau tidak menoleh kebelakang lagi dan terus mengaplikasikan pokok yang selebihnya sehinggalah pada bulan lepas beliau telah memperolehi 10.50 tan dan menjangka akan mendapat dalam lingkungan 12tan pada bulan ini kerana pada tuaian pungan pertama beliau memperolehi 6.5MT.

Hasil yang memberangsangkan.


En. Mohd Shah bersama En. Abdul Halim @ Harry Don our Senior Agronomist. Pada ketika ini berat tandan sawit En. Mohd Shah telah mencecah 30kg/tandan.
Adi Azmin pengedar Daerah bagi kawasan Yong Peng dan kawasan sekitarnya. Boleh contact terus beliau ditalian 019-7367109

KRONOLOGI PENJENAMAAN TEKNOLOGI PERTANIAN PERSIS KEBUN MAT SHAH ISMAIL

Pada 22hb. September 2010.
Hari Pertama Menjejakkan Kaki di Felda Kahang Barat Datang Untuk Memberi Taklimat & memberitahu Peneroka2 Yang Terdiri Dari Orang Melayu Yang Tidak Mendapat Maklumat Tepat Tentang Kaedah Amalan Pertanian Terbaik Dengan Menggunakan Teknologi Bio~Kompress Yang Diperkenalkan Oleh MBPLUS AGRO SDN BHD..

23hb. September 2010.
Hari Pertama Memnjejakkan Kaki Ke Kebun Mat Shah Rasa Menitik air Apabila Melihat Sendiri Akan Keadaan Kebun Beliau yang Tandus Tidak Berairmata Kasihh..

3hb. February 2011 (Tahun Baru Cina).
Selepas 4 1/2 Bulan Kembali semula Ke Kebun Beliau, rasa Macam nak Terjojol Biji Mata Semua yang hadir Melihatkan Perubahan Corak yang Telah Dipenuhi Wadi22 Kelopak Sinar Bermulanya Era Teknologi Bio~Kompress yang Pasti Akan dapat Memartabatkan Kaum Warga Tani Apabila Lonjakkan yang Menakjubkann..

25hb. Mac 2011 (Pakai Seluar Merah).
ERA yang Ditunggu-tunggu Oleh Pengurusan MBPlus Agro bagi Membuktikan Kepada Dunia bahawa Dengan Usaha Yang Gigih hati yang Tulus, Ikhlas & Tabah, Doa Kawan22 berserta Izin Allah SWT yang Maha Esa Tiada yang MUSTAHIL untuk Memajukan Petani & Pekebun Kecil Agar Mereka Mampu Untuk Duduk Sebaris Dgn pengusaha22 Berskala Besar khususnya Milik Bangsa Asing..

Sunday 19 June 2011

VIDEO KEJAYAAN EN. MOHD NAIM BIN HJ GHAZALI






SELEPAS 6 BULAN APLIKASI PEMBAJAAN DENGAN TEKNOLOGI PERTANIAN PERSIS

Selepas 6 bulan menggunakan teknik pembajaan Bio-Kompress, kebun En. Mohd Naim telah menunjukkan perubahan dan membuahkan hasil. Di bawah ini bukti bahawa teknik pembajaan Bio-Kompress telah berjaya.















GAMBAR POKOK SEBELUM APLIKASI PEMBAJAAN TEKNIK BIO-KOMPRESS

Keadaan tandan kelapa sawit sebelum menggunakan teknologi pembajaan Bio-Kompress

Ceramah tentang aplikasi pembajaan disampaikan oleh En. Mohd Fuad Bin Mohd Thani.

Keadaan buah kelapa sawit yang rosak.






KEJAYAAN 1 : EN. MOHD NAIM BIN HJ GHAZALI

PROGRAM LADANG CONTOH
KG. DATUK IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, JOHOR 





Tarikh Projek : 24/12/2010
Peserta : En. Mohd Naim Bin Hj. Ghazali
Jenis Tanah : Gambut Sederhana
Lokasi : Simpang Renggam, Johor
Hasil sebelum : 3.5MT/sebulan (Disember 2010)
Hasil sekarang : 11.5 MT/sebulan ( Jun 2011)
Peningkatan : Lebih 200%
Aplikasi pembajaan : Hanya mengunakan Teknologi Pertanian Persis dengan sekali aplikasi

  • Tahniah kepada En Mohd Naim dari Simpang Renggam kerana berjaya menjana keuntungan sehingga RM 7000-8000/10 ekar dengan menyahut cabaran kami.

  • Kaedah ini telah terbukti, walaupun pada tanah gambut . Masalah tanah bukan lagi sebagai faktor penghad untuk mendapatkan keuntungan hasil pertanian

Tahniah sekali lagi dari MBPLUS AGRO SDN BHD

Friday 17 June 2011

PENGENALAN

TEKNOLOGI PERTANIAN PERSIS PEMARTABAT KAUM WARGA TANI DI DALAM AMALAN PERTANIAN TERBAIK(APT) SEBAGAI PENJANA EKONOMI PETANI DAN PEKEBUN KECIL SERTA PENYUMBANG KEPADA PENDAPATAN KDNK NEGARA

  • Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Tanaman kelapa sawit mula diperkenalkan dan dimajukan pada awal 1960an. Seterusnya penubuhan Institut Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada tahun 1979 telah menjadikan kelapa sawit sebagai satu tanaman strategik kepada ekonomi Malaysia. Sumbangan terhadap Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 bilion pada tahun 1995, berbanding RM3.6 bilion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Jumlah kawasan tanaman sawit telah meningkat daripada 1.5 juta hektar pada tahun 1985 kepada 2.5 juta hektar pada tahun 1995. Industri ini juga telah menyelamatkan negara dari krisis ekonomi dari terpaksa meminjam kepada IMF dan juga penjana ekonomi ketiga negara.


  • Laporan dari Jabatan Perangkaan Negara(2008), melaporkan purata penghasilan Buah Tandan Segar (BTS) di Malaysia adalah sekitar 20.18 tan Metrik sehektar setahun atau 0.681 Tan Metrik seekar setahun. Purata penghasilan ini adalah jauh dari kemampuan sebenar yang sepatutnya dapat dihasilkan berdasarkan keadaan sekarang. Ini ditambah pula dengan laporan pada suku pertama 2011, dimana penghasilan sebenar BTS adalah menurun kepada  -7.9% berbanding tahun 2010 dimana ia disebabkan penurunan dalam penghasilan Kelapa Sawit.


  • Terdapat 161,000 pekebun kecil persendirian di Malaysia. Dengan jumlah keluasan 600,000 hektar, menyumbang kepada 12.8% daripada jumlah keseluruhan kawasan ladang kelapa sawit di Malaysia dan tetapi  hasil penhasilan BTS yang lebih rendah (17 tan metrik sehektar setahun). Saiz purata plot mereka yang terhad (3.9 hektar setiap keluarga) dan kekurangan pendedahan kepada amalan tanaman terbaik merupakan faktor utama yang memberi kesan kepada tahap pengeluaran hasil mereka yang rendah.  Amalan terbaik, seperti Kod Amalan (COP) yang dibangunkan oleh MPOB dan garis panduan serta rujukan industri yang lain tidak dilaksanakan sepenuhnya di semua ladang. Ini menyebabkan hasil purata nasional BTS tidak meningkat.


  • Salah satu objektif utama dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3), 1998-2010  adalah meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian. Mengambi kira faktor ini ditambah pula dengan sumbangan industri Kelapa Sawit kepada ekonomi negara, penekanan perlu diambil untuk meningkatkan pengeluaran industri ini. Atas dasar terbabit pihak kami ingin menyarankan kaedah terkini yang menekankan AMALAN PERTANIAN TERBAIK (APT)

STRATEGI SYARIKAT

  • MB PLUS percaya melalui inovatif dan perkembangan penyelidikan berterusan dapat meningkatkan perkembangan pertanian disamping peningkatan hasil yang maksimum.


  • Sumbangan ini sekaligus akan membantu perkembangan MBPLUS sejajar dengankeuntungan yang di perolehi oleh petani.

OBJEKTIF SYARIKAT

  • Meningkatkan produktiviti dan efisiensi dalam pertanian terutama kelapa sawit.

  • Menjadi satu badan bukan kerajaan yang memberikan pendidikan dan kesedaran kepada petani-petani mengenai pertanian melalui inovatif terkini yang menguntungkan mereka.

Wednesday 15 June 2011

MISI SYARIKAT

  • Menjadi sebuah syarikat bertaraf global yang maju setapak dalam bidang penyelidikan pertanian.

  • Mambantu dalam meningkatkan pengeluaran pertanian bagi menjana ekonomi terutama pekebun kecil di Malaysia dan sekaligus memaksimakan keuntungan mereka melalui kaedah dan teknologi terkini.

  • Menjana dan mempromosi teknologi baru yang lebih efisien untuk kemajuan pertanian dan industri asas tani di Malaysia.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

MB Plus Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 21 November 2005 dengan misi utama untuk membangunkan, memasarkan produk input pertanian dan melengkapkan serta memajukan lagi industri pertanian dengan membekalkan input pertanian berkualiti tinggi dan teknologi pertanian terkini diperingkat global.

Dengan kemampuan yang dimiliki oleh kami, kami telah mengeksport produk kami ke Timur Tengah, India dan Afrika Selatan. Menyedari potensi sektor bidang agro dan asas tani dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (2005-2010), pihak kami telah memfokuskan pasaran tempatan sekaligus diharapkan dapat membantu menjana ekonomi negara.

Pada 2006, MB PLUS turut mengembangkan sayapnya dengan membuat hubungan  perniagaan dengan beberapa syarikat berpangkalan di Korea, China dan Indonesia bagi memastikan bekalan input pertanian yang berkualiti dan konsisten sampai ke pelanggan kami. Sejajar itu juga, MB PLUS telah membuat perjanjian persefahaman dan usaha-sama dengan Universiti Putra Malaysia berkenaan kajian-kajian terkini mengenai pertanian. Hasilnya, MB PLUS kini berbangga dengan kejayaanya mencipta pelbagai kaedah dan teknologi pertanian yang mampu meningkatkan hasil pertanian berkali ganda dan menjimatkan kos pengeluaran contohnya Teknologi Pertanian Persis.

Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi memajukan pertanian di Malaysia, kami juga telah melaksanakan beberapa program khas yang bertujuan membantu pekebun-pekebun kecil dengan memberikan mereka maklumat dan kaedah-kaedah yang terkini, tepat dan jitu agar mereka dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Program ini terbukti dapat memberikan mereka hidup baru yang menggunakan konsep “Pertanian adalah perniagaan”

Pihak kami yakin dengan mengutaman kualiti, konsisten, efisiensi, servis yang baik dan mengutamakan kepuasan pelanggan adalah inspirasi kepada kami untuk menjadi teraju utama di dalam industri agro-bisnes terutama dalam membekalkan input pertanian.